Welcome To My Blog

BlogMalaysia.com

Powered by Blogger.
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE SHAZ NZ CRAFT

Tuesday, October 25, 2011

Cara-cara membuat daun untuk origami bunga

Assalamualaikum...

Ok hari tu ada permintaan dari seorang rakan blog yana iaitu Ichimaru Jiin....die nak tahu bagaimana nak buat daun pada origami bunga untuk post yana yang lepas iaitu Cara-cara membuat Origami Bunga

Ok dalam post kali ini yana tunjukkan cara untuk buat daun bunga tersebut...

A1

Pertama sekali ambil dua helai kertas origami yang berbentuk segi empat sama satu hijau gelap dan satu hijau muda seperti gambar A1 diatas. 

A2
A3
kemudian lipatkan ia seperti bentuk segitiga (piramid), setelah dilipat buka kembali lipatan tadi...sekarang kawan-kawan akan dpt garisan tengah hasil dari lipatan tadi seperti gambar rajah A2 dn A3.

A4
A5



Kemudian lipat kedua-dua bucu piramid tadi ke tengah garisan supaya rupa nya berbentuk layang-layang seperti gambar rajah A4 dan A5.

A6


A7
Setelah itu lipat lagi bucu A dan B pada garisan tengah sepupaya ianya membentuk seperti permata seperti gambar A6 dan A7.

A8

A9

Kemudian bucu C dan D permata itu ditemukan dan ianya akan beebentuk seperti gambar rajah A8 dan A9.

A10


A11


Kemudian lipat seperti gambar rajah A10 dan A11 pada garisan E.

A12

A13

Selepas itu buka lipatan tadi dan kembali kepada bentuk permata kawan-kawan akan melihat garisan terhasil pada bahagian permukaan kertas itu...kemudian lipat mengikut garisan tadi supaya ianya berbentu seperti gambar rajah A12 dan A13 diatas.


A14

A15
Gambar rajah A14 dan A15 diatas ialah hasil yang telah dilipat tadi. Kawan-kawan hendaklah melipat kertas yang berwarna hijau muda sama seperti langkah yang telah kita buat untuk kertas yang berwarna hijau tua tadi.

A16

A17


Akhir sekali kawan-kawan cantum kan kedua-dua warna tersebut supaya ianya membentuk daun seperti gambar rajah A16 dan A17.


Tada...hasil nya akan seperti gambar origami bunga ini...hehehh

Senang je kan so selamat mencuba ye....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...