Welcome To My Blog

BlogMalaysia.com

Powered by Blogger.
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE SHAZ NZ CRAFT

Saturday, April 30, 2011

Bunga hasil Origami

Seperti yang yana janjikan inilah hasil craft untuk kawan-kawan sekalian.....Bunga yang dihasilkan dari pada kertas.....ianya amat mudah untuk di buat....yana buat bunga nie untuk kelas seni yana sebenar nya....untuk kerja pendidikan seni budak-budak....lama gak yana pikir nak buat apa...last-last yana cari bahan untuk buat origami bunga ini.....


akhirnya ini lah hasil nya...berbaloi gak hehehhe....walaupun simple tapi yana puas hati sbb budak-budak yana suka membuat bunga ini walaupun kena melipat dan memotong banyak kertas....heheheh....tp hasil nya cukup memuaskan.....

Wednesday, April 20, 2011

New Update from Shaz NZ Boutique



Assalamualaikum kawan2 semua....Apa khbar hope sihat dan selamat bersantai sambil2 baca blog k...heheheh

Ini ada update terbaru untuk Shaz Nz Boutique....Hari ini yana ingin memperkenal kan tudung syria....Tudung ini banyak layer serta warna plain je dan yana rasa tudung nie paling sesuai digayakan untuk baju kurung yang berbunga-bunga....cantik...padan sangat kalau ada diantara kawan-kawan yang minat memakai kemeja dan blouse ke pejabat pun sesuai menggunakan tudung ini kerana....



Material tudung ini ialah kain lycra dan saiz tudung ini saiz M-36cm dan L-41cm.....Jadi bagi kawan-kawan yang suka labuh blh lah pakai saiz L......mana kala bagi kawan-kawan yang suka sederhana labuh....boleh lah cuba saiz M....harga nya juga amat berpatutan.....




Jadi bagi siapa yang berminat boleh lah 
lawati KEDAI ONLINE Shaz Nz Boutique ya....disana ada bermacam-macam lagi yang kawan-kawan boleh miliki.....so
selamat berblog.......
Serta 
selamat bershopping.....yea...

Monday, April 11, 2011

New Craft....Coming Soon...

Assalamualaikum semua...

Bertemu lagi kita ye...heheheh...maaf lah lama gak Yana  tak update craft....kesibukan yang melanda membuatkn Yana belum berkesempatan untuk menghasilkan craft....Yana minat sangat buat craft sebagai hobi....tp ye lah dengan kesibukan sebagai guru...jd masa amat terhad kerana byk benda yang ingin dilakukan untuk murid-murid...dieorang nie pemimpin masa depan jadi perlukan banyak pendedahan untuk masa depan dieorang....tp yana tetap luangkn masa untuk menghasilkan craft....heheheh...disebabkan kat sekolah mengajar Pendidikan Seni...jadi dengan craft, Yana dapat juga mengembangkan ilmu...heheh..ok

Insyallah yana akan tunjukkan craft yang yana akan hasilkan nanti...tp kawan-kawan kena sabarlah menunggu ye...sambil-sambil tu kawan boleh lah melawat Galeri E-book yana. Kat situ Yana pamerkan buku-buku yang berguna untuk kawan-kawan miliki...

Wednesday, April 6, 2011

EdyMart (Easy Do Your Marketing and Relationship Together)

Assalamualaikum kawan-kawan semua,

Bertemu lagi kita disini. Untuk pengetahuan kawan2 saya ingin berkongsikan info yang berguna untuk kawan2 semua. Baru-baru nie saya mula berjinak-jinak serta menyertai Edy Marketing iaitu sebuah komuniti usahawan. Edy Marketing adalah satu komuniti yang melahirkan usahawan secara offline dan online. Visi Edy Marketing ialah untuk menwujudkan usahawan yang maju dan berdaya saing sehingga ke peringkat antarabangsa.

Mula-mula saya amat ragu-ragu untuk menyertai Edy Marketing ini kerana kurang memahami konsep yang ditunjukkan oleh Team EdyMart . Jadi untuk mengetahui lebih lanjut saya memberanikan diri untuk bertanya sendiri kepada Pengurus EdyMart iaitu Encik Shamsurizam. Encik Shamsurizam menerangkan lebih lanjut tentang bagaimana konsep Edy Marketing dijalankan. Dari situ saya mula memahami konsep prasarana perniagaan internet di Edy Marketing. Ia amat mudah bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan bidang perniagaan. 

Seperti yang diterangkan oleh Encik Shamsurizam, EdyMart adalah singkatan dari Easy Do Your Marketing and Relationship Together. Di mana dalam Komuniti EdyMart para usahawan dapat berniaga secara offline dan online serta menjalinkan hubungan yang erat bersama-sama usahawan yang lain. Dengan kata lain, sambil berniaga kita dapat mengeratkan silaturahim sesama usahawan bagi bertukar-tukar pendapat dan juga pandangan untuk memajukan perniagaan kita bersama dalam Edy Marketing. 

Setelah saya menjadi ahli dalam Komuniti EdyMart, saya memberanikan diri untuk menjadi pengedar Edy Marketing. Sebelum menjadi pengedar Edy Marketing saya membaca lebih lanjut cara-cara menjadi pengedar. Ianya amat mudah, seorang pengedar tidak perlu menyimpan segala stok-stok produk. Tapi hanya mempromosikan produk kepada para pembeli secara offline ataupun online. Para pengedar boleh mempromosikan barangan yang terdapat di Edy Marketing di laman sosial seperti facebook, fanpage di facebook, email dan juga forum .Selain itu sebagai pengedar Edy Marketing, boleh juga menjalankan promosi secara offline kepada pembeli dan pemborong dikedai-kedai. 

Di Edy Marketing juga pengedar boleh menjalankan perniagaan secara dropship iaitu kita mempromosikan produk kepada potential buyer kita tanpa menyimpan produk tersebut, bila ada pembeli kita hanya mengambil tempahan dan pihak Edy Marketing akan menghantar tempahan tersebut kepada pembeli. Jadi kita tidak perlu risau tetang kos penghantaran. Perniagaan secara dropship ini amat mudah dan hanya perlu modal yang sedikit sebagai pengedar. Kini perniagaan secara dropship ini telah Team EdyMart terapkan ke dalam kedai online yang baru-baru ini dilancarkan oleh Encik Shamsurizam. Kedai online ini dikenali sabagai EdyCart dimana pengedar hanya mempromosikan link shopping cart mereka secara online dan offline. Di kedai online ini pembeli akan membuat tempahan dan pihak Edy Marketing akan menguruskan tempahan tersebut secara online.

Ianya amat mudahkan, tidak perlu stok barangan, tidak perlu risau tentang kos penghantaran, tetapi hanya memerlukan modal yang sedikit dan hanya perlu membuat promosi....promosi...dan terus promosi.....Pihak Edy Marketing juga ada menyediakan personal coaching mengenai perniagaan internet secara mudah kepada para pengedar. Selain itu ada juga forum di blog Komuniti EdyMart untuk para usahawan bertukar-tukar pandangan dan pendapat sesama sendiri.

Kini saya bersyukur sebagai pengedar Edymart, banyak yang saya pelajari untuk jadi seorang usahawan walaupun secara part time. Ilmu yang ada ini amat berguna untuk saya kongsikan bersama-sama kawan-kawan sekalian. Insyallah dengan usaha kita boleh berjaya bersama-sama kerana Edy Merketing adalah untuk kita bersama. Amin...

Friday, April 1, 2011

Hai semua ada design T-shirt muslimah terbaru.....


Assalamualaikum semua.....diharap sihat2 lah hendak nya....maaf lama pulak tak update....sibuk dengan tugas kat tempat kerja.....biasalah menguruskan budak-budak.....walaupun penat...tp masih gak happy tengok telatah die orang semua....hehehhehe....oh ye kawan-kawan sekalian ini ada dua design terbaru t-shirt muslimah....selesa gak memakai nye....sesuai dipakai untuk beriadah.....bagi yang berminat boleh ye bagi comment2 tentang T-shirt ini.....bagi yang berminat untuk memiliki....boleh lah ke Shaz NZ Shopping Cart disana boleh lihat design menarik....k moga berjumpa  lg....wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...