Assalamualaikum kawan-kawan semua,
Bertemu lagi kita disini. Untuk pengetahuan kawan2 saya ingin berkongsikan info yang berguna untuk kawan2 semua. Baru-baru nie saya mula berjinak-jinak serta menyertai Edy Marketing iaitu sebuah komuniti usahawan. Edy Marketing adalah satu komuniti yang melahirkan usahawan secara offline dan online. Visi Edy Marketing ialah untuk menwujudkan usahawan yang maju dan berdaya saing sehingga ke peringkat antarabangsa.
Mula-mula saya amat ragu-ragu untuk menyertai Edy Marketing ini kerana kurang memahami konsep yang ditunjukkan oleh Team EdyMart . Jadi untuk mengetahui lebih lanjut saya memberanikan diri untuk bertanya sendiri kepada Pengurus EdyMart iaitu Encik Shamsurizam. Encik Shamsurizam menerangkan lebih lanjut tentang bagaimana konsep Edy Marketing dijalankan. Dari situ saya mula memahami konsep prasarana perniagaan internet di Edy Marketing. Ia amat mudah bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan bidang perniagaan.
Seperti yang diterangkan oleh Encik Shamsurizam, EdyMart adalah singkatan dari Easy Do Your Marketing and Relationship Together. Di mana dalam Komuniti EdyMart para usahawan dapat berniaga secara offline dan online serta menjalinkan hubungan yang erat bersama-sama usahawan yang lain. Dengan kata lain, sambil berniaga kita dapat mengeratkan silaturahim sesama usahawan bagi bertukar-tukar pendapat dan juga pandangan untuk memajukan perniagaan kita bersama dalam Edy Marketing.
Setelah saya menjadi ahli dalam Komuniti EdyMart, saya memberanikan diri untuk menjadi pengedar Edy Marketing. Sebelum menjadi pengedar Edy Marketing saya membaca lebih lanjut cara-cara menjadi pengedar. Ianya amat mudah, seorang pengedar tidak perlu menyimpan segala stok-stok produk. Tapi hanya mempromosikan produk kepada para pembeli secara offline ataupun online. Para pengedar boleh mempromosikan barangan yang terdapat di Edy Marketing di laman sosial seperti facebook, fanpage di facebook, email dan juga forum .Selain itu sebagai pengedar Edy Marketing, boleh juga menjalankan promosi secara offline kepada pembeli dan pemborong dikedai-kedai.
Di Edy Marketing juga pengedar boleh menjalankan perniagaan secara dropship iaitu kita mempromosikan produk kepada potential buyer kita tanpa menyimpan produk tersebut, bila ada pembeli kita hanya mengambil tempahan dan pihak Edy Marketing akan menghantar tempahan tersebut kepada pembeli. Jadi kita tidak perlu risau tetang kos penghantaran. Perniagaan secara dropship ini amat mudah dan hanya perlu modal yang sedikit sebagai pengedar. Kini perniagaan secara dropship ini telah Team EdyMart terapkan ke dalam kedai online yang baru-baru ini dilancarkan oleh Encik Shamsurizam. Kedai online ini dikenali sabagai EdyCart dimana pengedar hanya mempromosikan link shopping cart mereka secara online dan offline. Di kedai online ini pembeli akan membuat tempahan dan pihak Edy Marketing akan menguruskan tempahan tersebut secara online.
Ianya amat mudahkan, tidak perlu stok barangan, tidak perlu risau tentang kos penghantaran, tetapi hanya memerlukan modal yang sedikit dan hanya perlu membuat promosi....promosi...dan terus promosi.....Pihak Edy Marketing juga ada menyediakan personal coaching mengenai perniagaan internet secara mudah kepada para pengedar. Selain itu ada juga forum di blog Komuniti EdyMart untuk para usahawan bertukar-tukar pandangan dan pendapat sesama sendiri.
Kini saya bersyukur sebagai pengedar Edymart, banyak yang saya pelajari untuk jadi seorang usahawan walaupun secara part time. Ilmu yang ada ini amat berguna untuk saya kongsikan bersama-sama kawan-kawan sekalian. Insyallah dengan usaha kita boleh berjaya bersama-sama kerana Edy Merketing adalah untuk kita bersama. Amin...
No comments:
Post a Comment