Welcome To My Blog

BlogMalaysia.com

Powered by Blogger.
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE SHAZ NZ CRAFT

Saturday, November 26, 2011

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433 H.


Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1433 H.....
Semoga kita dapat menghijrahkan diri, keluarga dan masyarakat menjadi lebih baik dari 
semalam....
hari ini ....
dan masa depan...

Friday, November 11, 2011

11 November 2011 @11.11.11

Assalamualaikum.

Hahahah.....hari yang amat menarik.....kesemua nya angka 1.....Hari nie ramai gak ornag yang g pejabat Kadi untuk akad nikah.....mesti pasangan-pasangan tu nak mengabadikan tarikh nie untuk pegalaman yang paling indah dalam hidup mereka....Yana lak tak de yang istimewa berlaku dekat yana hari nie...cuma orang tersayang je call dan die dah baik dari demam....heheheheh....kira istimewa gak tu.....lps cik abang baik dari demam terus je die call yana....happpy sangat...sbb dua tiga hari dah risau cik abang demam. tak kebah2 lg heheheh....tapi sekarang die dah sihat.....ok lah....yang dah melangsungkan perkahwinan hari nie yana ucapkan tahniah dan semoga kekal keanak cucu.....bagi yang bertunang lak...yana pun nak ucapkan tahniah semoga berbahagia......dan bagi yang melahirkan anak lak....semoga anak dan ibunya selamat sejahtera selalu....mesti senang nak ingat tarikh lahir anak nnt heheheheh....ok lah 

wassalam

Wednesday, November 9, 2011

"MEGA GIVEAWAY BY SYIRA SALLEH & CIKNAD"

Assalammualaikum....

Heheheh....sekarang yana nak join GA  nie pulak heheheh...

GA nie dianjurkan oleh dua orang Blogger iaitu Cik Nad & Syira Salleh....

Syarat2 yang dieorang beri senang je...

Klu nak tahu Klik Banner kat bawah nie....

Jom!!!!! apa tunggu lagi!!!!...hehehe


Ok yana nak letak gambar nie...hope boleh ye...heheheh


Lps tu yana nak tag


Tuesday, October 25, 2011

Cara-cara membuat daun untuk origami bunga

Assalamualaikum...

Ok hari tu ada permintaan dari seorang rakan blog yana iaitu Ichimaru Jiin....die nak tahu bagaimana nak buat daun pada origami bunga untuk post yana yang lepas iaitu Cara-cara membuat Origami Bunga

Ok dalam post kali ini yana tunjukkan cara untuk buat daun bunga tersebut...

A1

Pertama sekali ambil dua helai kertas origami yang berbentuk segi empat sama satu hijau gelap dan satu hijau muda seperti gambar A1 diatas. 

A2
A3
kemudian lipatkan ia seperti bentuk segitiga (piramid), setelah dilipat buka kembali lipatan tadi...sekarang kawan-kawan akan dpt garisan tengah hasil dari lipatan tadi seperti gambar rajah A2 dn A3.

A4
A5

Friday, September 2, 2011

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN


Di keasempatan ini Yana ingin mengucapkan selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua kawan-kawan blog yana....Kalau ada tersalah dan silap haraplah dimaafkan....ye....

Saturday, July 9, 2011

Singgah blog aku sat , bleh ?

Assalamualaikum semua...selamat petang...

ok yana nak join segmen nie...

Jadi kalau kawan nak join jom klik banner kat bawah nie...segmen nie sampai kol 10 mlm nie je...

cepat2...join...



"Mega Giveaway by Yana & Cik Putih"

Assalamualaikum...mlm nie yana nak join GA nie...GA nie dari Cik Yana & Cik Putih...

Klu kawan-kawan nak join jom klik banner kat bawah



ok yana nak tag 


Jom join cepat2....Tarikh tutup nye...8 Ogos 2011

Nie pulak sponsor untuk GA Die org...heheh byk tu...

senarai sponsor :
  1. Scarf Sweethoney
  2. Wirda Azurainie.  
  3. Droplet House
  4. Lens Mania
  5. Ayu-Raudhah Shawlstore
  6. Nora Nabella
  7. Applepinkbow
  8. Syafeika Edora
  9. pixel mania
  10. Wan Hazel 
  11. Momo Chan Collection 
  12. NHL Colloection
  13. Kei Seinchi
  14. Sya Razali 
  15. Aimi Craft 
  16. Habibi Hamid
  17. Shawl Az 
  18. Imann Abdul
  19. Aan Boutique
  20. KZ Nabihah Boutique
  21. Ciktiqz Adamaya
  22. Tri Fa
  23. Kittyshawls 

Monday, July 4, 2011

Jom Blogwalking Ramai Ramai !

Ok kali nie yana nak join segmen Jom Blogwalking Ramai Ramai!!!

Segmen nie dibuat oleh Cik Bunny

Klu nak join click je banner kat bawah ataupun kat nama cik bunny kat atas...heehe


Jom Blogwalking Ramai Ramai!!!!!

Apa tunggu lagi...

Saturday, July 2, 2011

Hari minggu yang indah...

ok selamat tengah hari semua hari ini yana nak buat blogwalking ke blog kawan-kawan yana hehheh...

selalu yana buat blog walking sekejap2 je tak larat nak buat semua....jadi maaf  klu yana tak sempat ke blog saudara n saudari semua....

k jom kita mulakan blog walking kita...heheheh

Friday, July 1, 2011

GEGAR BLOG JULAI 2011

Ok ini pertama kali yana join segmen Abg Ben Ashaari kat blog nie...heheh...

Masa blog walking td tertgk yang abg Ben ada buat satu entri mengenai GEGAR BOG JULAI 2011...

Jadi yana pun nak join lah...macam best je bunyi nye...

Jadi siapa yang nak join boleh lah klik kat banner kat bawah nie....





Ape yang nak ditulis ye...heheh

Sebenar nye yana baru habis ikuti larian untuk sukan PSKPP ptg tadi...nie pun lagi penat....Larian ptg tadi dapat gak no 3....huhu...walaupun bukan juara...heheh...tapi happy sgt dapat lari balik...dah lama sebenar nya tinggal acara larian nie....esok ada tugas untuk 1 Sukan 1 Murid 1 Malaysia kat sekolah....heheheh...lps tu gerak pulak ke perlawanan bola tampar....huhuhu...lg penat...ok lah itu je....heheh

jadi kalau kawan-kawan nak join....join kita join GEGAR BLOG JULAI 2011...

Thursday, June 30, 2011

"ADC & FN GIVEAWAY"

Ok yana nak join Giveaway dari Art Design Craft dan Fatin Najwa...heheheh

Syarat2 nya simple je....kawan-kawan just tgk je syarat-syarat seperti dibawah:

1. Follow blog art.design.craft
2. Follow blog Fatin Najwa
3. Like page art.design.craft
4. Letak banner di atas dekat sidebar blog. Dan link-kan sekali.
5. Tinggalkan link untuk entri anda pada kotak comment pada entri ini.
6. Tag 3 rakan anda

Nak tahu lebih lanjut cuba klik Banner kat bawah nie...Tarikh Tutup nye pada 24 Ogos 2011....lagi lama tu apa tunggu lagi....jom kita join ramai2 bagi memeriahkan lagi suasana giveaway die orang...



Sbb yana seronok sangat nak join give away ini...yana nak gak tag kawan-kawan yana

Tag:

Saturday, June 25, 2011

CONTEST SAYA SAYANG FAMILY SAYA

Ok kali nie yana nak join Contest lak...masa blogwalking kat entri Zyash....yana tertengok contest nie...sebab Yana sayang sangat dengan family yana jadi yana pun join Contest nie...

Syarat-syarat yang diberi mudah je....jom tengok dengan klik link ini DE ZAMAN COTTAGE dan BANNER dibawah k

Lepas tu yana nak letak gambar family yana

Friday, June 24, 2011

1st GiveAway by Wan Myzura Collections

Hehehe....seronoknya dapat join Giveaway....entah lah yana suka lak join n dapat hadiah...hehehh....

ok kali ini yana nak join Giveaway dari Wan Myzura Collection...Yana terbaca pasal GA nie semasa buat blog walking kat blog kawan...

Bila baca teringin lak nak join....

Syarat2 yang diberi pun mudah...

Jadi apa tunggu lagi jom kita join ramai2....

Siapa nak join boleh klik link ini Wan Myzura Collections ataupun banner kat bawah....



Yana nak tag kawan-kawan yana

Tag:






1st GiveAway by Wan Myzura Collections, Giveaway by Wan Myzura, Wan Myzura Collection, Giveaway, 1st Giveaway, Join 1st Giveaway

I LOVE SHAWL CONTEST

Assalam...

Kali nie yana nak sertai contest lak dari IDMA TEXTILE...

Syarat yang perlu ialah:

1. Upload pic anda memakai shawl yang terbaik. (pic solo sahaja)
2. Buat satu entry tentang contest ini , copy banner dan link kan.
3. Like Page IDMA TEXTILE di Facebook
4. Tag 1 orang rakan.
5. tinggalkan link anda di entry IDMA TEXTILE

Thursday, June 23, 2011

Yahoo....Hadiah GA dah sampai

Assalamualaikum semua...

semalam yana baru dapat hadiah Giveaway dari Shawl For You



Yana dapat dua helai tudung...

Yana nak ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Shawl For You kerana berjaya menganjurkan GA sebegini...Semoga dimurahkan rezeki...amin

Bagi pemenang yang lain juga yana ucapkan tahniah ye....

Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk melihat tudung dan shawl kat Shawl For You boleh lah klik Banner kat bawah nie...










Shawl For You, Hadiah Giveaway, Hadiah GA, Giveaway,Giveaway dari Shawl For You, Shawl dan Tudung, Tudung dan shawl

Saturday, June 4, 2011

1ST GIVEAWAY BY SHAWLFORYOU

Assalamualaikum semua.....

Hari nie yana nak join 


Yana lihat entri ini semasa blog walking kat blog Shawlforyou....

Syarat-syarat yang diberi amat mudah......
Mula2 letak banner kat bawah tu dan linkkan ke 
Web page 1st Giveaway By Shawalforyou seperti dibawah


Lps tu tag dua orang kawan anda....

Tag:

Jom Kawan-kawan kita join giveaway ini...heheh

Kalau nak tahu apa giveaway yang akan diberi sila klik link diatas.....

Selamat berblog ye....hehhehe

Tuesday, May 31, 2011

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip I Shaz Nz Craft

Assalamualaikum semua .....

Kali ini yana nak join Giveaway dari Saudari Nisa ....

Seronok juga ikut aktiviti rakan-rakan blog....


Sekiranya kawan-kawan nak join jom klik link ini.....


Senarai Sponsors untuk Giveaway Saudari Nisa:

Sunday, May 29, 2011

Sepatu Merah First Giveaway

Assalamualaikum semua....

Semasa yana blogwalking ke blog Sepatu merah...

Yana ada terbaca entri tentang giveaway yang Sepatu Merah buat....

Ini First Time Sepatu Merah buat Giveaway dan merupakan 
First time yana ikut contest untuk blog Shaz Nz Craft nie....

Blog Yana yang lain ada gak yana join giveaway yang kawan-kawan blog yana buat....heheheh

Syarat-syarat untuk giveaway ini hanya dengan buat entri tentang giveaway ini


Cantik dan comel kan giveaway ini....

Jadi apa tunggu lagi jom kita join Giveaway Sepatu Merah nie...

Saturday, May 21, 2011

Cara-Cara membuat Origami Bunga

Diatas permintaan Yaya Azura....Yana buat post nie....Yana tunjukkan cara-cara buat origami bunga nie...

Origami Bunga
A1


pertama sekali kena ambil kertas warna yang segiempat sama mcm nie...klu nak guna kerta yang depan dan belakang nya mempunyai warna berbeza pun boleh. Tapi sekarang yana guna kertas warna yang depan dan belakang nya sama warna...

A2

Kemudian lipat kan kertas itu seperti gambar A2 diatas. Ia kelihatan seperti segitiga.

A3


Kemudian cantumkan bucu A dan B kepada C. Ianya kan kelihatan seperti gmbar rajah A3

A4


 Selepas itu lipat, bucu DB kepada DE. Seperti gambar A4. 

A5
Ulang langkah yang sama pada bahagian sebelah. Setelah kedua-dua nya dilipat. Ianya akan kelihatan seperti dalam gmbar A5 diatas.

A6


 Kemudian buka lipatan tadi dan tekan ia mengikut garis lipatan supaya ianya kelihatan seperti gmabar A6 diatas. Ulang juag pada bahagain sebelah.

A7
A8


Hasilnya akan seprti gmbar A7 diatas. Kemudian lipat bucu F dan G kedalam. Ianya akan kelihatan seperti Gambar A8 diatas.

A9
A10
Akhir sekali kawan-kawan perlu lah gam terlebih dahulu kelopak itu supaya ianya kelihatan seperti gambar A10 diatas. Untuk medapatkan hasil yang cantik kawan kawan perlu buat sampai lima kelopak dan camtum kan ia seperti bentuk bunga. Hasil nya akan seperti bunga dibawah.


K....selamat mencuba ye....Bagi Yaya Azura diharap dapat mencubanya....

Saturday, May 14, 2011

Nuffnang dan ChurpChurp bakal melancarkan Grapevine!!!!


Assalamualaikum kawan-kawan yana nak kongsi sikit info tentang  
Nuffnang dan ChurpChurp Grapevine. 
Kalau nak tahu info ini yana baca dari laman web Mohammad Faiz dan Rosie semasa yana blog walking ke blog die orang.....yana pun ada gak baca info ini kat nuffnang dan juga kat Churp Churp yana....tapi masa tu yana kurang faham sangat fungsi nya....bila blog walking kat blog kawan-kawan bloger baru yana faham sikit yana ada cuba gak iklan Grapevine kat Churp Churp.....ia amat mengembirakan yana....kita kongsi iklan kat FB dan Twitter dah dapat redemption. 
Tahniah buat Nuffnang dan ChurpChurp!!!!!!

Dibawah nie ada contoh cara-cara iklan grapevine dikongsikan 



ini pulak iklan yang dipaparkan di ChurpChurp tentang Grapevine


ini pulak post yang dibuat oleh saudari Rosie tentang Grapevine ini....


Churpchurp Melancarkan Grapevine!


ini pulak post yang dibuat oleh Saudara Mohammad Faiz tentang Grapevine

sekiranya kawan-kawan ingin mengetahui lebih lanjut boleh baca post-post tersebut

Saturday, April 30, 2011

Bunga hasil Origami

Seperti yang yana janjikan inilah hasil craft untuk kawan-kawan sekalian.....Bunga yang dihasilkan dari pada kertas.....ianya amat mudah untuk di buat....yana buat bunga nie untuk kelas seni yana sebenar nya....untuk kerja pendidikan seni budak-budak....lama gak yana pikir nak buat apa...last-last yana cari bahan untuk buat origami bunga ini.....


akhirnya ini lah hasil nya...berbaloi gak hehehhe....walaupun simple tapi yana puas hati sbb budak-budak yana suka membuat bunga ini walaupun kena melipat dan memotong banyak kertas....heheheh....tp hasil nya cukup memuaskan.....

Wednesday, April 20, 2011

New Update from Shaz NZ Boutique



Assalamualaikum kawan2 semua....Apa khbar hope sihat dan selamat bersantai sambil2 baca blog k...heheheh

Ini ada update terbaru untuk Shaz Nz Boutique....Hari ini yana ingin memperkenal kan tudung syria....Tudung ini banyak layer serta warna plain je dan yana rasa tudung nie paling sesuai digayakan untuk baju kurung yang berbunga-bunga....cantik...padan sangat kalau ada diantara kawan-kawan yang minat memakai kemeja dan blouse ke pejabat pun sesuai menggunakan tudung ini kerana....



Material tudung ini ialah kain lycra dan saiz tudung ini saiz M-36cm dan L-41cm.....Jadi bagi kawan-kawan yang suka labuh blh lah pakai saiz L......mana kala bagi kawan-kawan yang suka sederhana labuh....boleh lah cuba saiz M....harga nya juga amat berpatutan.....




Jadi bagi siapa yang berminat boleh lah 
lawati KEDAI ONLINE Shaz Nz Boutique ya....disana ada bermacam-macam lagi yang kawan-kawan boleh miliki.....so
selamat berblog.......
Serta 
selamat bershopping.....yea...

Monday, April 11, 2011

New Craft....Coming Soon...

Assalamualaikum semua...

Bertemu lagi kita ye...heheheh...maaf lah lama gak Yana  tak update craft....kesibukan yang melanda membuatkn Yana belum berkesempatan untuk menghasilkan craft....Yana minat sangat buat craft sebagai hobi....tp ye lah dengan kesibukan sebagai guru...jd masa amat terhad kerana byk benda yang ingin dilakukan untuk murid-murid...dieorang nie pemimpin masa depan jadi perlukan banyak pendedahan untuk masa depan dieorang....tp yana tetap luangkn masa untuk menghasilkan craft....heheheh...disebabkan kat sekolah mengajar Pendidikan Seni...jadi dengan craft, Yana dapat juga mengembangkan ilmu...heheh..ok

Insyallah yana akan tunjukkan craft yang yana akan hasilkan nanti...tp kawan-kawan kena sabarlah menunggu ye...sambil-sambil tu kawan boleh lah melawat Galeri E-book yana. Kat situ Yana pamerkan buku-buku yang berguna untuk kawan-kawan miliki...

Wednesday, April 6, 2011

EdyMart (Easy Do Your Marketing and Relationship Together)

Assalamualaikum kawan-kawan semua,

Bertemu lagi kita disini. Untuk pengetahuan kawan2 saya ingin berkongsikan info yang berguna untuk kawan2 semua. Baru-baru nie saya mula berjinak-jinak serta menyertai Edy Marketing iaitu sebuah komuniti usahawan. Edy Marketing adalah satu komuniti yang melahirkan usahawan secara offline dan online. Visi Edy Marketing ialah untuk menwujudkan usahawan yang maju dan berdaya saing sehingga ke peringkat antarabangsa.

Mula-mula saya amat ragu-ragu untuk menyertai Edy Marketing ini kerana kurang memahami konsep yang ditunjukkan oleh Team EdyMart . Jadi untuk mengetahui lebih lanjut saya memberanikan diri untuk bertanya sendiri kepada Pengurus EdyMart iaitu Encik Shamsurizam. Encik Shamsurizam menerangkan lebih lanjut tentang bagaimana konsep Edy Marketing dijalankan. Dari situ saya mula memahami konsep prasarana perniagaan internet di Edy Marketing. Ia amat mudah bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan bidang perniagaan. 

Seperti yang diterangkan oleh Encik Shamsurizam, EdyMart adalah singkatan dari Easy Do Your Marketing and Relationship Together. Di mana dalam Komuniti EdyMart para usahawan dapat berniaga secara offline dan online serta menjalinkan hubungan yang erat bersama-sama usahawan yang lain. Dengan kata lain, sambil berniaga kita dapat mengeratkan silaturahim sesama usahawan bagi bertukar-tukar pendapat dan juga pandangan untuk memajukan perniagaan kita bersama dalam Edy Marketing. 

Setelah saya menjadi ahli dalam Komuniti EdyMart, saya memberanikan diri untuk menjadi pengedar Edy Marketing. Sebelum menjadi pengedar Edy Marketing saya membaca lebih lanjut cara-cara menjadi pengedar. Ianya amat mudah, seorang pengedar tidak perlu menyimpan segala stok-stok produk. Tapi hanya mempromosikan produk kepada para pembeli secara offline ataupun online. Para pengedar boleh mempromosikan barangan yang terdapat di Edy Marketing di laman sosial seperti facebook, fanpage di facebook, email dan juga forum .Selain itu sebagai pengedar Edy Marketing, boleh juga menjalankan promosi secara offline kepada pembeli dan pemborong dikedai-kedai. 

Di Edy Marketing juga pengedar boleh menjalankan perniagaan secara dropship iaitu kita mempromosikan produk kepada potential buyer kita tanpa menyimpan produk tersebut, bila ada pembeli kita hanya mengambil tempahan dan pihak Edy Marketing akan menghantar tempahan tersebut kepada pembeli. Jadi kita tidak perlu risau tetang kos penghantaran. Perniagaan secara dropship ini amat mudah dan hanya perlu modal yang sedikit sebagai pengedar. Kini perniagaan secara dropship ini telah Team EdyMart terapkan ke dalam kedai online yang baru-baru ini dilancarkan oleh Encik Shamsurizam. Kedai online ini dikenali sabagai EdyCart dimana pengedar hanya mempromosikan link shopping cart mereka secara online dan offline. Di kedai online ini pembeli akan membuat tempahan dan pihak Edy Marketing akan menguruskan tempahan tersebut secara online.

Ianya amat mudahkan, tidak perlu stok barangan, tidak perlu risau tentang kos penghantaran, tetapi hanya memerlukan modal yang sedikit dan hanya perlu membuat promosi....promosi...dan terus promosi.....Pihak Edy Marketing juga ada menyediakan personal coaching mengenai perniagaan internet secara mudah kepada para pengedar. Selain itu ada juga forum di blog Komuniti EdyMart untuk para usahawan bertukar-tukar pandangan dan pendapat sesama sendiri.

Kini saya bersyukur sebagai pengedar Edymart, banyak yang saya pelajari untuk jadi seorang usahawan walaupun secara part time. Ilmu yang ada ini amat berguna untuk saya kongsikan bersama-sama kawan-kawan sekalian. Insyallah dengan usaha kita boleh berjaya bersama-sama kerana Edy Merketing adalah untuk kita bersama. Amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...